fbpx

[VIDEO] ‘Orang Kedah, mana mana anda boleh bertahan suhu panas?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda berkongsi kisahnya yang tidak tahan dengan suhu terlampau panas di negeri Kedah.

PETALING JAYA – Seorang pemuda menarik perhatian orang ramai terutama penduduk di Kedah, apabila membandingkan keadaan suhu di negeri tersebut yang terlampau panas berbanding di Kuala Lumpur.

Menerusi video TikTok Adam Eji, pemuda itu menceritakan dia tidak dapat bertahan dengan suhu panas di negeri Kedah, sehingga terpaksa berlari masuk ke kereta atau pusat beli-belah bagi mendapatkan rasa sejuk penyaman udara.

“Orang Kedah, macam mana anda semua boleh bertahan panas. ‘Korang’ punya negeri panas lain macam, panas dia mencucuk hampir 24 jam. Aku bukan ‘kekwat’, datang Kedah ni seumur hidup, rasa macam makin lama hidup, makin lama panas Kedah ni.

“Tabik pada ‘korang’, boleh bertahan dalam suhu panas. Tapi sebagai orang KL, sama saja panas Malaysia juga bukan orang Australia pun kat KL tu. ‘Korang’ punya panas lain dengan KL punya panas.

“Ni duduk dalam kereta nak ‘aircond’, berapa kali pergi Aman Central sebab nak aircond. Weh panas wei, itu belum cerita Perlis lagi,” katanya pada hantaran tersebut.

Ia mendapat maklum balas daripada orang ramai terutama penduduk di Kedah dan mereka menyatakan, telah biasa berdepan dengan cuaca tersebut.

“Sebagai orang Kedah yang duduk KL, aku memang setuju. KL punya panas tak terik mencucuk, macam kat Kedah. Cuma bezanya, aku walaupun Kedah panas, hadap saja macam biasa. Tak ada lah buat teruk,” komen Lan Careno.

“Saya orang Kedah, menetap di Perlis. Rasa Perlis lagi panas daripada Kedah,” ujar Elyna.

“Mandi kerap lah kot, duduk berteduh, bawah kipas angin. Aku pun terkejut duduk Kedah sebab aku orang Negeri Sembilan. Sekarang dah dua tahun tinggal sini,” ujar Eyyome. – KOSMO! ONLINE.

@adameji7 ORANG KEDAH RILEK JE AKU YANG MENGGELUPOQ #adameji7 #africanmalaysian #fypdongggg #fypdonggg #kedah ♬ original sound – Adam Eji

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI