fbpx

Ismail Sabri sambung beri keterangan Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyambung keterangannya berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram pada Khamis ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, rakaman percakapan kali ini adalah berhubung pengistiharaan harta yang dibuat Perdana Menteri ke-9 itu sebelum ini.

“Beliau (Ismail Sabri) diiangka dipanggil semula ke pejabat SPRM pada Khamis ini untuk meneruskan rakaman percakapan.

“Seperti mana pernah saya sebutkan dahulu, kali ini berhubung pengisytiharaan harta yang dibuat beliau kepada SPRM di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen CeIO kali ke-11 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Sesi pertama rakaman percakapan Ahli Parlimen Bera itu telah selesai yang memfokuskan kepada penemuan wang tunai RM170 juta dan 16 kilogram (kg) jongkong emas di sebuah ‘safe house’.

Setakat ini, seramai 33 individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes tersebut.

SPRM dalam isdang akhbar pada pada 3 Mac lalu mendedahkan penemuan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta jongkong emas dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Siasatan dilakukan berhubung perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi dan publisiti program Keluarga Malaysia.

Siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI