PENANTIAN selama lapan tahun menunggu ‘raja buah’ mengeluarkan hasil yang lumayan menerusi Program Pembangunan Plot Durian Musang King (PPPDMK) di Ladang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu akhirnya ternoktah. Jun tahun ini menjadi satu lagi saksi kejayaan UniSZA menerusi Pusat Pengurusan Ladang (PPL) yang melakukan perancangan rapi dan pengurusan sistematik sejak program itu diperkenalkan. Tumpuan dan fokus PPL tidak lain tidak bukan kepada penghasilan anak benih berkualiti tinggi, penjagaan tanaman secara berterusan serta penggunaan amalan pertanian yang berkesan. Dekan Fakulti……














