fbpx

AI cabar hak cipta muzik – MyIPO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Kamal Kormin (tengah), ketika melancarkan majlis perasmian Sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2025 di Menara MyIPO, Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri muzik mencetuskan persoalan baharu berkaitan hak cipta dan pemilikan karya seni.

Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Tuan Kamal Kormin berkata, teknologi AI telah mengubah secara drastik cara muzik dicipta, dengan kemampuan untuk menghasilkan lagu, meniru suara artis dan menjana komposisi dalam masa singkat.

“Siapakah pemilik sah kepada karya yang dijana oleh AI? Apakah peranan pencipta asal jika sistem pintar turut mencipta dan yang paling penting, bagaimana undang-undang hak cipta dapat melindungi pemuzik, pencipta dan penerbit dalam era digital ini?,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Harta Intelek Negara (HHIN) 2025.

Kamal menegaskan bahawa undang-undang hak cipta perlu berkembang sejajar dengan kemajuan teknologi bagi memastikan karya pemuzik dan pencipta tempatan kekal dilindungi.

“Setiap karya muzik merupakan aset yang mempunyai nilai ekonomi, budaya dan emosi yang tinggi dan wajar dilindungi sebagai harta intelek yang sah,” katanya.

Seminar bertemakan ‘Muzik Kita, Milik Kita’ itu memberi tumpuan kepada peranan hak harta intelek, khususnya hak cipta dalam isu perlindungan karya muzik tempatan serta mengiktiraf sumbangan penggiat seni dalam industri kreatif.

Ia juga sejajar dengan tema World IP Day 2025, iaitu ‘IP & Music: Feel the Beat of IP’ yang mengangkat muzik sebagai warisan budaya yang wajar dilindungi.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) MyIPO, Yusnieza Syarmila Yusoff serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Sheikh Arifin Sheikh Mohd Noor.

Seminar ini merupakan antara acara pembuka tirai (HHIN) 2025 yang berlangsung dari 21 hingga 25 April. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI