fbpx

Penjaga gol Perak lawan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAZIQ mendapat kepercayaan untuk mewakili ASEAN All Stars menentang United pada 28 Mei depan. - MALAYSIA NT

SKUAD impian ASEAN All Stars yang bakal menentang gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei depan dilaporkan sudah semakin lengkap.

Menurut laman sosial ASEAN Football, seramai 17 pemain dari pelbagai negara rantau Asia Tenggara sudah dirisik Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bagi menyertai skuad kendalian Kim Sang-sik itu nanti.

Portal tersebut turut mendedahkan tiga pemain Harimau Malaya yang beraksi pada kempen Piala ASEAN 2024 mendapat panggilan seperti penjaga gol, Haziq Nadzli, Dominic Tan (pertahanan) dan Sergio Aguero (penyerang).

“AFF telah menghantar senarai nama yang dicadangkan mewakili skuad ASEAN All-Stars untuk menentang Manchester United. Pemain-pemain tersebut ialah Haziq, Dominic dan Aguero,” kata kenyataan dimuat naik laman tersebut semalam.

Vietnam yang masih segar dengan gelaran juara Piala ASEAN 2024 secara rasmi menghantar tiga wakil seperti Nguyen Hoang Duc (tengah), Nguyen Quang Hai (penyerang) dan kapten, Do Duy Manh (pertahanan).

Tiga pemain Thailand yang turut bermain pada Piala ASEAN 2024, Patiwat Khammai (penjaga gol), Nikolas Mickelson (pertahanan) dan kapten, Peeradol Chamrasamee (tengah) turut berada dalam radar pasukan.

Indonesia pula didakwa bersetuju menawarkan dua pemain menerusi Asnawi Mangkualam (pertahanan) dan Muhammad Ferarri (pertahanan) sementara Kemboja menghantar tonggak seperti Kan Mo (pertahanan) serta Andres Nieto (tengah).

Empat lagi negara menghantar seorang wakil seperti Joao Pedro (Timor Leste/penyerang), Maung Maung Lwin (Myanmar/penyerang), Bounphachan Bounkong (Laos/penyerang) dan Azwan Ali Rahman (Brunei/penyerang).

Tiket aksi bertemu The Red Devils mula dijual sejak minggu lalu dengan sambutan cukup menggalakkan daripada peminat bola sepak rantau Asia Tenggara apabila 45,000 keping sudah terjual dengan kapasiti stadium boleh memuatkan 80,000 penonton.

Kehadiran The Red Devils ke Kuala Lumpur menamatkan penantian hampir 16 tahun apabila kali terakhir beraksi di Malaysia di venue sama pada 2009.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI