fbpx

Wanita berbaju kurung kena pukul di lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita dipercayai dipukul lelaki di persimpangan lampu isyarat di Taman Budiman Valley, Seksyen U15, Shah Alam.

SHAH ALAM – Polis meminta seorang wanita yang dipercayai dipukul lelaki di persimpangan lampu isyarat di Taman Budiman Valley, Seksyen U15 di sini, segera tampil membuat laporan bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 3.55 pagi semalam itu tular menerusi rakaman video berdurasi lebih tiga minit di aplikasi status WhatsApp.

Katanya, polis menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan berusia 24 tahun yang tidak bekerja pada pukul 4.35 pagi.

“Ketika kejadian, pengadu bersama rakannya menaiki kenderaan Perodua Axia di Jalan Persiaran Mokhtar Dahari dari arah Shah Alam ke Puncak Alam.

“Mangsa yang tidak dikenalinya dengan berbaju kurung dan tidak berselipar kemudian menahan kenderaan pengadu bagi meminta pertolongan,” katanya hari ini.

Tambah Mohd. Iqbal, semakan pihaknya mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat mangsa setakat ini dan identiti belum dikenal pasti.

“Justeru, polis menyeru mangsa segera tampil membuat laporan polis pada kadar segera supaya siasatan lanjut dapat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di talian 03-55202022 atau Ketua Polis Balai Bukit Jelutong, Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di 013-6666657,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI