fbpx

Kata dua penjawat awam sentuh isu 3R

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BACHOK – Tindakan akan diambil ke atas penjawat awam termasuk dibawa ke mesyuarat Lembaga Tatatertib sekiranya menyentuh sensitiviti berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, penjawat awam sentiasa diingatkan supaya tidak menyentuh berkaitan 3R kerana terdapat peraturan sedia ada berhubung isu berkenaan.

“Kita sentiasa ingatkan mereka supaya tidak sentuh perkara berkaitan 3R. Sekiranya berlaku, mereka tertakluk kepada peraturan sedia ada dalam pekeliling.

“Jika ada yang terlibat, mereka akan dibawa ke mesyuarat Lembaga Tatatertib untuk siasatan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Tautan Perdana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)-Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Ara, Gunong di sini hari ini.

Wan Ahmad Dahlan (tiga dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik pada Majlis Perasmian Penutupan Program Tautan Perdana JPA – Intan di SK Telaga Ara, Gunong dekat Bachok hari ini. – Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan berkata, pegawai awam juga disarankan supaya sentiasa turun padang ke kampung untuk mengambil tahu isu-isu yang dihadapi di peringkat akar umbi.

“Tugas seorang pegawai awam bukan semata-mata di pejabat, tetapi perlu sentiasa turun padang ke kampung bagi mendengar keluhan rakyat.

“Program Santuni Madani ini salah satu cara kerajaan untuk memaklumkan pegawai awam peranan dan tugas hakiki mereka iaitu mendekati selain menyantuni rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI