PENGLIHATAN adalah salah satu deria utama yang membolehkan manusia berinteraksi dan memahami dunia sekitar. Penglihatan bagaimanapun boleh merosot atau terjejas sehingga ‘hilang’ berikutan masalah kebutaan degeneratif. Kebutaan degeneratif merujuk keadaan di mana penglihatan seseorang semakin merosot secara perlahan-lahan akibat kerosakan serta kemerosotan sel-sel atau tisu dalam mata. Ia boleh berlaku kerana pertambahan usia atau masalah seperti glaukoma yang boleh membawa kepada buta, degenerasi makula berkaitan usia (AMD) dan retinitis pigmentosa. Bagi mengatasi perkara itu, sesetengah saintis cuba melakukan sesuatu yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

