fbpx

Malaysia, Indonesia bincang perkembangan kerjasama dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika bertemu Airlangga di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Malaysia dan Indonesia terus mengukuhkan hubungan diplomatik dengan mengadakan perbincangan perkembangan kerjasama dua hala melibatkan kedua-dua negara.

Perbincangan itu dibuat menerusi pertemuan empat mata antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto menerusi kunjungan hormat di Bangunan Perdana Putra di sini tadi.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Anwar, beliau berkata, kedua-dua pemimpin memanfaatkan sepenuhnya hubungan erat persahabatan kedua-dua negara bagi mengukuhkan lagi lebih banyak kegiatan perdagangan.

Menurut Anwar, ia membabitkan pengusaha Indonesia dan Malaysia dalam pelbagai sektor terkait.

“Keutamaan kami pastinya mengukuhkan dan memperbaharui sinergi ekonomi hatta mencerminkan komitmen untuk memupuk kerjasama yang kukuh antara Indonesia dan Malaysia ke tahap lebih baik lagi di masa hadapan.

“Saya maklumkan, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia memerlukan kerjasama semua negara jiran termasuk Indonesia bagi melonjakkan keupayaan negara sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan di benua ini dan juga seluruh dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI