fbpx

[VIDEO] Anak perantau mula pilih tarikh balik raya Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hari Raya Aidilfitri akan disambut kira-kira dua minggu lagi, ramai anak perantau dari Pantai Timur dilihat sudah mula merancang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, lebuh raya yang menghubungkan Lembah Klang ke Kelantan, Terengganu, dan Pahang dijangka mengalami peningkatan jumlah kenderaan beberapa hari menjelang perayaan.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, antara tarikh ‘panas’ yang menjadi pilihan anak perantau bermula 27 hingga 30 Mac ini.

“Ipoh ke Kota Bharu. Aku tak kisah, 28 Mac petang lepas balik kerja, ambil beg terus letak dalam but kereta. Hidupkan enjin terus gerak seorang. Sesak pun sesak la, tak kisah apa la aku,” kata @_mnhakim.

“Shah Alam ke Pulai Chondong, (bertolak) 27 Mac,” kata Syiela.

“Langkawi ke Pasir Puteh (Kelantan). Laut pun redah terik ni,” kongsi Afika.

“28 Mac ini habis kerja pukul 5.30 petang, rumah di Gombak ambil orang dalam rumah terus bertolak. Simpan siap beg dalam kereta seminggu awal,” kata Dinaa. – KOSMO! ONLINE

@_mnhakimipoh-kota bharu 28/3🏄🏻‍♂️♬ bunyi asal – Mnhakim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI