SETIU – Seorang peniaga tersenyum lebar apabila meraih RM2,500 dalam tempoh tiga hari hanya dengan menjual 1,500 biji popia basah di bazar Ramadan Sungai Tarom di sini.
Shafri Bakri, 37, berkata, secara purata sebanyak 50 biji popia basah terjual sejak Ahad lalu dan habis dalam tempoh kurang dua jam.
Katanya, dia terkejut dengan sambutan orang ramai terhadap popia yang dihasilkan menggunakan resipi keluarganya selama tiga keturunan.
“Saya cuma olah sedikit bagi menepati cita rasa pengguna masa kini. sos nya pula dimasak 12 jam bagi menjamin rasa dan ketahanannya,” katanya.
Menurut Shafri, dia menjual tiga biji popia untuk RM5 dan RM8 untuk lima biji.
Tambahnya, dia merancang untuk menambah bekalan popia basah selepas ini bagi memenuhi permintaan pelanggan di bazar Ramadan berkenaan.
“Saya bercadang untuk jual popia basah selepas raya jika sambutan berterusan selepas Aidilfitri ini,” katanya.














