fbpx
KHADIJAH yang telah menimba ilmu TVET bangga berjaya membuka premis perniagaannya di Kulai, Johor.

K2

Khadijah lebih puas bekerja sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DIBESARKAN dalam keluarga yang terlibat dengan dunia perniagaan telah membuatkan Khadijah Al Jamalulail Abu Bakar, 30, mempunyai minat yang sama.

Malah, keluarganya juga mendorongnya untuk mendalami bidang kemahiran bagi membolehkannya mengusahakan perniagaan sendiri.

Oleh sebab itu, Khadijah mengambil keputusan untuk mendalami Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan mendalami bidang seni kulinari di Silverspoon International College di Puchong, Selangor pada 2013.

“Keluarga saya ada mengusahakan perniagaan bakeri dan ini sedikit sebanyak menyuntik minat saya untuk berniaga juga.

“Dengan dorongan keluarga, saya kemudian membuat keputusan untuk mendalami bidang kemahiran dengan mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap satu dan dua,” katanya.

Khadijah berkata, dalam seni kulinari, dia belajar dari peringkat asas seperti mengenali barang, cara memasak sehinggalah belajar untuk menghasilkan resepi sendiri. Khadijah juga belajar untuk menghasilkan pelbagai jenis makanan secara asas.

Setelah tamat pengajian, Khadijah mendapat tawaran untuk menjadi tenaga pengajar bagi program Rural Transformation Centre (RTC)  di bawah kerajaan negeri Johor selama setahun.

Di bawah program itu, dia kemudian mengelilingi Johor untuk mengajar orang-orang kampung memasak.

“Saya dapat peluang untuk mengajar selama setahun dan selepas itu saya mengambil tender kantin kilang di Senai, Johor.

“Saya berniaga di kantin kilang selama dua tahun dan apabila tender tamat dan ada modal, saya mengambil keputusan untuk membuka kedai makan sendiri pada tahun 2018,” jelasnya.

BERBEKALKAN ilmu pengajian kemahiran kulinari, Khadijah mengolah pelbagai resipi untuk bisnesnya.

Khadijah tidak mempersia-siakan ilmu kemahiran dan pengalamannya apabila dia berjaya membuka kedai makan sendiri iaitu JLL Brotherhoods di Kulai.

Bagi kedai makan yang diusahakannya itu, dia memberi fokus kepada sajian Barat dengan antara menu popular di premis berkenaan adalah chicken chop dan crispy mushroom chicken.

“Resipi ini saya olah sendiri dengan bahan-bahan untuk masakan semuanya saya sediakan sendiri. Tiada penggunaan bahan-bahan segera  dalam masakan saya dan ini menjadi identiti saya,” ujarnya.

Secara peribadi, wanita itu berkata, jika dia tidak mendalami kemahiran bidang seni kulinari, Khadijah percaya dirinya tidak boleh melakukannya.

Ketika ini, dia mempunyai tiga orang pekerja tetap dan Khadijah juga mengajar mereka cara untuk memasak.

Kongsi Khadijah, pendapatan yang diperolehnya apabila memilih untuk berniaga sendiri juga amat memuaskan.

Namun apa yang penting baginya adalah bekerja sendiri lebih memberi kepuasan berbanding bekerja dengan orang lain.

“Pemilihan saya untuk mendalami bidang kemahiran ini adalah satu pilihan yang tepat meskipun pencapaian saya dalam bidang akademik juga baik.

“Malah, ketika ingin menyambung pengajian dalam bidang kemahiran pihak kolej sendiri menyatakan bahawa saya boleh memilih bidang akademik.

“Tetapi saya nekad dengan keputusan untuk mendalami bidang kemahiran kerana melihat bidang berkenaan mempunyai masa depan yang baik,” ujarnya.

Tambah pula, katanya, permintaan terhadap makanan ini sentiasa ada kerana orang akan tetap makan serta tidak rugi jika seseorang itu memiliki kemahiran dalam bidang tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN