fbpx

F1: Mercedes jangka hadapi kesukaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MERCEDES belum menemui pelarasan terbaik untuk memastikan jentera mereka dalam keadaan terbaik untuk menghadapi saingan musim baharu. - AFP

BRACKLEY – Naik taraf yang dibuat sepanjang tempoh rehat sejak Disember lalu dijangka tidak mampu menjadikan jentera Mercedes stabil dan bersedia memberikan cabaran terbaik menjelang musim baharu Formula Satu (F1).

Perkara berkenaan diakui sendiri ketua pasukan, Toto Wolff yang menyifatkan prestasi kurang konsisten melibatkan jentera sebagai perkara biasa dalam sukan permotoran itu.

Justeru, beliau percaya mana-mana pasukan termasuk Mercedes akan berdepan tempoh di mana mereka akan bergelut dengan prestasi tidak menentu dan ia disebabkan beberapa faktor seperti litar serta cuaca.

“Dalam perlumbaan F1, semua perkara perlu dititikberatkan termasuk litar apa yang sesuai dengan jentera dan tayar apa perlu digunakan bagi mendapatkan hasil terbaik dalam setiap perlumbaan.

“Apa yang pasti, kami tidak boleh menyelesaikan masalah (turun naik) ini secara menyeluruh dan saya yakin, ia masih akan berulang kepada setiap pasukan pada saingan musim baharu nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga menganggap setiap pasukan pencabar kejuaraan seperti Mercedes, Ferrari, Red Bull dan McLaren ada kelebihan serta kekurangan masing-masing dan ia hanya akan diketahui sebaik saingan bermula.

“Semua empat pasukan yang memenangi perlumbaan (pada 2024) pernah berdepan situasi turun naik ini. Bagi saya, tidak ada pasukan mampu mencipta jentera yang sesuai dengan kesemua litar perlumbaan,” ujar Wolff. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI