fbpx
Nur Ain akan memastikan pengantin perempuan kelihatan cantik sepanjang majlis perkahwinan.

‘Bride assistant makin popular, suka-suka akhirnya jadi minat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkhidmatan bride assistant atau pembantu pengantin semakin popular dalam industri perkahwinan hari ini hingga boleh menjana pendapatan sampingan lumayan.

Sakina Omar, 29, berkata, dia mula menjadi pembantu pe­ngantin sejak Oktober lalu de­ngan membantu kawan dan ahli keluarga sebelum perkhidmatannya tersebar kepada pasangan pengantin lain.

Katanya, kerjaya itu diinspirasikan melalui filem romantik komedi The Wedding Planner lakonan Jennifer Lopez.

“Ia satu kerjaya yang seronok dan memuaskan kerana saya lebih selesa bekerja sebagai kru belakang tabir dalam bidang perkahwinan.

“Hasil kerja saya disebarkan melalui WhatsApp dan TikTok apabila video dikongsi oleh pengantin. Saya tidak malu atau janggal walaupun ada yang menganggapnya pekerjaan remeh,” katanya kepada Kosmo! Ahad.

Menurut Sakina, dia mengenakan bayaran antara RM250 hingga RM400 mengikut keperluan majlis.

“Buat masa ini, saya melaksanakannya secara sambilan, namun saya juga bercita-cita untuk menjadikannya sebagai karier tetap kerana potensinya sangat luas,” tambahnya.

Bagi eksekutif pemasaran, Nur Ain, 25, dia menjadi pembantu pengantin untuk membeli komputer riba untuk dihadiahkan kepada adiknya yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian.

“Bermula dengan kerja sam­pingan, saya makin dikenali dan ramai mula bertanya. Ia membuatkan saya lebih bersema­ngat.

“Ia satu peluang kerjaya ke­rana perkahwinan merupakan acara penting dalam kehidupan dan pengantin sanggup melabur untuk kelancaran majlis mereka,” katanya yang mengenakan caj RM250 tidak termasuk pengangkutan.

Menurut Nur Ain, dia akan pastikan pengantin sentiasa selesa dan terjaga daripada segi pakaian, solekan dan keadaan fizikal.

“Jika cuaca panas, saya payungkan pengantin, kipaskan, beli air dan memastikan dia sentiasa kelihatan sempurna dalam gambar,” katanya.

Nur Ain melihat kerjaya bride assistant bukan sekadar sumber pendapatan sampingan, tetapi satu peranan yang memberi ke­puasan apabila dapat membantu pengantin menikmati hari bahagia mereka tanpa tekanan.

“Selagi ia memberi manfaat kepada orang lain, saya tidak pernah merasa malu atau janggal, malah berbangga kerana dapat membantu pengantin menikmati hari bahagia mereka dengan le­bih tenang,” tambahnya.

Dengan permintaan yang semakin meningkat, tidak mustahil kerjaya baharu itu berpotensi menjadi pekerjaan profesional.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN