Pulau Pinang memiliki lokasi strategik sebagai hab perdagangan dan pelaburan yang telah menarik banyak pelabur global beroperasi di negeri ini. -Gambar hiasan

Luahan Pembaca: Jangan masuk Pulau Pinang kalau takut sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

BUKAN sahaja pelancong, penduduk Pulau Pinang juga sudah ‘mangli’ dengan isu kesesakan jalan raya sehingga terpaksa menempuh lebih sejam untuk ke pusat bandar George Town, tidak kiralah dari arah Bayan Lepas atau Seberang Perai.

Setiap hari, pengguna jalan terutama penduduk tempatan wajib menghadap jumlah ken­deraan yang saban hari semakin bertambah dan apatah pada hujung minggu, musim cuti sekolah ataupun ketika cuti umum perayaan.

Ini belum lagi jika berlaku kemalangan di laluan utama me­nuju ke Jambatan Pulau Pinang. Bukan sahaja pengguna dari arah pusat bandar yang terkesan, malah kami yang tinggal di daerah Barat Daya turut terkena tempias akan kesesakan itu.

Tidak dinafikan, masalah kesesakan di Pulau Mutiara ini dikatakan sudah menjadi sebati kepada penduduk tempatan meskipun pelbagai usaha telah dijalankan kerajaan negeri termasuk pelebaran jalan serta projek lebuh raya bertingkat.

Bayangkan hari ini, perjalanan ke Sungai Nibong dari Bayan Lepas perlu mengambil masa hampir 45 minit hingga sejam dan tempoh tersebut sebelum ini bersamaan dengan jarak perjalanan menuju ke tanah besar di Seberang Perai.

Buat pelancong yang datang ke negeri ini, kalian perlu bersiap sedia menahan mental saat berdepan dengan gelagat pengguna-pengguna jalan raya ketika sesak kerana kami, orang Pulau Pinang sudah lama bersabar dengan situasi tersebut.

Cuma yang kami harapkan agar pihak kerajaan negeri mencari satu mekanisme berkesan dengan menaik taraf lebuh raya menuju ke pusat bandar dan Jambatan Pulau Pinang tanpa simpang masuk atau keluar dari arah Bayan Baru, Batu Uban, Gelugor, Jelutong dan Lebuh Macallum. Hanya satu perjalanan terus dari arah Jambatan Pulau Pinang, Batu Maung ke pusat bandar.

Penduduk Setia
Bayan Baru, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN