PETALING JAYA – Acara lelongan awam barangan milik Rozita Che Wan akan diadakan di banglo selebriti itu di Kota Damansara pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Lelongan itu membabitkan sebanyak 34 barangan dianggarkan bernilai RM902,012.46 termasuk sebuah kenderaan jenis Haval.
Selain kenderaan, terdapat beberapa barangan elektronik milik Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, seperti peti ais, pendingin hawa, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, mesin pengering, penyedut hampagas dan televisyen.
Terdapat juga perabot dan beberapa peralatan lain yang bakal dilelong kepada orang awam pada hari sama.

Dokumen perincian jualan itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen di sini, manakala lelongan dijalankan Auctrade Auctions Solution.
Pada 10 Disember lalu, kediaman Rozita diserbu wakil Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama peguam dan pihak mahkamah selepas dipercayai gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.
Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman dengan agensi berkenaan pada tahun 2017 dan sudah membayar sebanyak RM50,000 setakat ini.
Bahagian undang-undang Mara dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, yang didakwa gagal melunaskan pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.
Dikatakan, pinjaman Mara berjumlah RM960,000 dibuat oleh syarikat milik Rozita, RCW Worldwide Sdn. Bhd. dengan Che Ta dan anak lelakinya dinamakan sebagai penjamin. – KOSMO! ONLINE
Berikut senarai barang-barang yang bakal dilelong dari kediaman Che Ta:
1. Meja makan (2 set) dan kerusi (8 buah)
2. Cermin (21 unit)
3. Bingkai gambar hiasan (1 unit)
4. Kerusi single seater (56 buah)
5. Meja sisi (25 buah)
6. Lampu meja (23 buah)
7. Sofa 4-seater (4 set)
8. Island table (2 buah)
9. Peti ais 4 pintu (1 buah)
10. Peti ais 2 pintu (1 buah)
11. Pendingin hawa (4 buah)
12. Peti sejuk beku (1 buah)
13. Ketuhar (1 unit)
14. Gelombang mirko (1 buah)
15. Katil dan tilam single (1 buah)
16. Laci (2 buah)
17. Mesin basuh (1 buah)
18. Mesin pengering (1 buah)
19. Lampu hiasan gantung (15 buah)
20. Katil dan tilam queen (5 buah)
21. Sofa 2 seater (3 buah)
22. Set golf (1 set)
23. Air cooler (1 buah)
24. Sofa 3 seater (10 unit)
25. Vakum (2 buah)
26. Bangku (4 buah)
27. Kerusi urut (1 buah)
28. Televisyen (1 buah)
29. Peti ais mini (1 buah)
30. Seterika stream (2 unit)
31. Treadmill (1 unit)
32. Lampu berdiri (1 buah)
33. Barang dalam premis yang boleh dipindah alih dengan kebenaran mahkamah (1 lot)
34. Sebuah kereta Haval














