fbpx
Tiga lelaki termasuk pemandu bot yang dicekup di pangkalan haram Pohon Jambu, Rantau Panjang kelmarin. – IHSAN PGA

Baru pulang jumpa isteri, dah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki tempatan dicekup merentas Sungai Golok dari Thailand melalui pangkalan haram Pohon Jambu, di sini kelmarin, selepas bertemu isterinya di negara jiran.

Lelaki berusia 21 tahun itu merupakan seorang daripada tiga suspek termasuk pemandu bot tambang yang diberkas anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 4 petang di lokasi berkenaan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, tangkapan dilakukan ketika anggota PGA menjalankan tugas menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

Pemandu bot berusia 33 tahun itu pada awalnya cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas.

“Siasatan awal mendapati, seorang penumpang lelaki memberi alasan dia berjumpa isteri­nya untuk menghantar pasport.

“Seorang lagi penumpang berusia 26 tahun pula merentas Sungai Golok selepas bertemu rakannya di Thailand,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati, dua lelaki itu berada di Thailand selama satu malam dan menunggu waktu sesuai untuk pulang ke Malaysia dengan merentas Sungai Golok.

“Pemeriksaan lanjut tidak menemukan barangan salah pada penumpang tersebut. Mereka meletakkan kereta berhampiran pangkalan haram Pohon Jambu sebelum merentas Sungai Golok dengan bot tambang,” kataya.

Jelas Nik Ros Azhan, tiga lelaki itu direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000, jika sabit kesalahan.

Tambahnya, seramai 11 individu ditahan pasukan PGA ke­rana kesalahan merentas Sungai Golok melalui pangkalan haram sejak 1 Disember lalu.

Tangkapan pertama melibatkan lima individu termasuk dua warga Thailand diikuti tiga lelaki India dan terbaharu kelmarin.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, polis melaksanakan operasi besar-besaran bagi menangkap rakyat Malaysia yang pulang ke negara ini dari Thailand melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula pada 1 ­Disember lalu.

Tindakan penguatkuasaan itu dilakukan bagi memperkasa Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN