fbpx

Remaja lelaki maut terbabas dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa yang maut selepas empat jam terbabas ke dalam longkang di Taman Kasih Putera, di sini, awal pagi tadi. -IHSAN POLIS

JEMPOL – Selepas empat jam bertarung nyawa, seorang remaja lelaki meninggal dunia susulan kecederaan parah dialami selepas terbabas ke dalam longkang di Taman Kasih Putera, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dalam perjalanan dari Bahau untuk pulang ke rumahnya di taman berkenaan selepas bertemu rakan.

“Setibanya di lokasi kejadian, penunggang motosikal yang bekerja sebagai kelindan lori dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkong sebelah kanan.

“Akibat daripada kemalangan ini, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.50 pagi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah, Inspektor Muhammad Fasha Haiqal Mohd Faisal di talian 016-3627746 bagi membantu siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI