fbpx

Dua lelaki tidak mengaku rompak guna senjata, larikan RM54,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua tertuduh (baju lokap) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini.

SEBERANG PERAI – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan dengan menggunakan senjata terhadap seorang kerani sebuah syarikat eksport, minggu lalu.

Tertuduh, K. Sreedharan Naidu dan J. Moohilan Naidu, yang masing-masing berusia 33 tahun membuat pengakuan tersebut ketika pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh telah melakukan rompakan berkumpulan terhadap harta seorang lelaki berusia 57 tahun dengan merompak sebuah kereta jenis Honda Accord serta wang tunai berjumlah RM54,000 dengan mengacukan parang.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di persimpangan Taman Bukit Kecil, dalam daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kira-kira pukul 12.30 tengah hari, pada 6 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Jamal manakala tertuduh diwakili peguam, S. Morgan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 seorang dengan seorang penjamin sekali gus menetapkan 15 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI