fbpx

Malaysia teguh bersama Palestin – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mengadakan pertemuan bersama Dr Mahmoud Sedqi pada majlis makan malam anjuran Duta Besar Palestin ke Malaysia, malam tadi. - Foto Instagram Ahmad Zahid.

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan sokongan Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi penindasan dan kezaliman.

Beliau menyatakan pendirian itu ketika menghadiri majlis makan malam dianjurkan oleh Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali, bagi meraikan Penasihat Agama kepada Presiden Palestin merangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah Palestin, Dr Mahmoud Sedqi Abdalrahman Alhabbash, malam tadi.

Ahmad Zahid dalam hantarannya di aplikasi Instagram menekankan bahawa Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka.

“Malaysia kekal teguh dalam solidariti dan komitmen terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri serta membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya,” katanya melalui hantaran itu hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar segala usaha untuk mencapai keamanan dan keadilan di bumi Palestin dipermudahkan.

“Semoga hubungan erat antara Malaysia dan Palestin terus kukuh dan segala usaha untuk mencapai keamanan dan keadilan di bumi Palestin dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI