fbpx

EPL: Benteng United akan lebih kebal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YORO (kanan) menunjukkan persembahan positif ketika turun membuat debut selepas berehat panjang ekoran kecederaan. - MAN. UNITED

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Ruben Amorim mengakui sudah bersedia untuk menerunkan ‘tembok kebal’, Leny Yoro dalam memastikan benteng pasukan kembali ampuh menjelang aksi menentang Nottingham Forest di Old Trafford awal pagi esok.

Sebagai rekod, Yoro telah membuat kemunculan debut bersama The Red Devils ketika tewas 0-2 kepada Arsenal kelmarin sekali gus menggambarkan pemain muda Perancis itu sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan dialami sejak Julai lepas.

Kata Amorim, kehadiran semula Yoro membuatkan barisan kejurulatihan ‘pening kepala’ untuk menurunkan pertahanan yang terbaik dalam kesebelasan utama pada aksi di Stadium Old Trafford itu nanti.

“Anda boleh lihat prestasi Yoro meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian (ketika bertemu Arsenal), dia telah memberikan 100 peratus dan mempamerkan prestasi positif.

“Meskipun sudah lama tidak beraksi secara kompetitif, namun kepantasan serta kelebihan fizikal yang dimiliknya masih ampuh dan saya pasti dia bersedia jika diturunkan nanti,” katanya.

Sementara itu, tonggak The Red Devils, Matthijs de Ligt berharap rakan-rakan sepasukan segera melupakan kekalahan kepada Arsenal dalam usaha kembali mendaki carta EPL musim ini.

“Kami mewakili United dan sepatutnya wajib bangkit daripada kekalahan lepas. Ini adalah perlawanan yang penting dan pemain perlu berusaha untuk kembali meraih tiga mata,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI