fbpx

Sedia cuba nasib tanding jawatan Presiden FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHRIL

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar terbuka untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya mendapat sokongan ahli gabungan.

Menurut Shahril, pertimbangan tersebut hanya akan dibuat selepas berbincang dengan Presiden FAS yang juga Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah nanti.

“Insyaallah, sekiranya ada ahli gabungan yang merasakan saya layak untuk bertanding (jawatan Presiden FAM) saya akan pertimbangkan.

“Namun, sebelum apa saja keputusan yang dibuat saya harus berbincang bersama Tuanku Raja Muda Selangor selaku Presiden FAS dan juga barisan Exco yang lain untuk mendapatkan nasihat dan juga bimbingan,” katanya secara ringkas.

Difahamkan, nama Shahril antara yang dikaitkan dengan jawatan ‘kerusi panas’ badan induk bola sepak negara itu selepas Tan Sri Hamidin Mohd. Amin membuat keputusan untuk tidak pertahankan jawatannya pada kongres pemilihan tahun depan.

Selain Shahril yang juga Pengarah Teknikal Selangor FC, beberapa lagi nama telah dikaitkan seperti Datuk Mohd. Joehari Mohd Ayub yang kini menjawat tugas selaku Naib Presiden FAM.

Spekulasi mengenai keputusan Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA untuk tidak mempertahankan kedudukan ‘No. 1’ FAM bertiup kencang sejak isu surat layang tular pada awal tahun ini.

Ketika itu, ramai mendesak agar jawatan Presiden FAM diisi oleh tokoh korporat atau individu berpengaruh dengan nama-nama seperti Khairy Jamaludin dan Tan Sri Tony Fernandes telah dikaitkan.

Menerusi laporan Kosmo! semalam, Hamidin akhirnya membuat pengesahan tidak akan bertanding pada kongres pemilihan yang bakal berlangsung pada 15 Februari depan kerana mahu memberi ruang kepada ‘muka baharu’ memacu FAM ke arah yang lebih baik.

Difahamkan, mana-mana individu yang berminat untuk bertanding sebagai Presiden FAM perlu mendapat minimum enam pencalonan daripada ahli gabungan dan nama perlu dihantar sekurang-kurangnya 45 hari sebelum kongres pemilihan.

Kongres pemilihan barisan kepimpinan baharu FAM bagi penggal 2025-2029 akan berlangsung pada 15 Februari depan di Subang Jaya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI