fbpx

Sabah calon pilihan ke final Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERES (kiri) muncul wira apabila meledak gol kemenangan menewaskan Kuching City semalam. - SABAH FC

SABAH FC sekali lagi membuktikan status selaku pasukan pilihan untuk mara ke pentas final Piala Malaysia selepas merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Kuching City FC pada aksi Liga Super di Stadium Negeri, Sarawak semalam.

Selain kejayaan mengekalkan kemenangan dalam tujuh perlawanan berturut-turut, ia memberi gambaran jelas kemahuan The Rhinos memandangkan Kuching City juga adalah lawan mereka di peringkat suku akhir Piala Malaysia pada 13 Disember ini.

“Tahniah kepada Kuching City kerana mereka berjaya berikan tentangan sengit. Bukan mudah untuk kami datang ke sini (Stadium Negeri) kerana mereka juga sedang memiliki momentum agak baik dan saya perlu berikan kredit kepada pemain saya.

“Pemain begitu yakin dan bermain dengan semangat kekeluargaan. Secara keseluruhannya, masih ada perkara yang perlu dibaiki, namun saya dapat lihat pasukan ini mula menunjukkan perkembangan positif,” kata pengendali sementara Sabah, Alto Linus.

Terdahulu, Saddil Ramdani meletakkan Sabah di depan, namun kembali disamakan oleh Zahrul Nizwan Joe Kifli sebelum Gabriel Peres muncul wira The Rhinos dengan menyumbangkan gol kemenangan.

Dalam masa sama, Alto juga mengakui beliau dapat melihat perkembangan positif dalam pasukannya sejak penghijrahan Datuk Ong Kim Swee yang kini berkelana ke Liga Indonesia bersama Persis Solo.

“Untuk memperoleh sesuatu di Kuching adalah perkara yang bagus dan saya juga dapat lihat perkembangan daripada pemain.

“Ini yang kita mahukan dalam sesebuah pasukan dan saya harap ia dapat dikekalkan pada aksi seterusnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI