fbpx
SEBAHAGIAN kediaman penduduk di Lipis yang dilanda banjir awal pagi tadi.

Lipis pula dilanda banjir, 218 mangsa dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Lipis menjadi daerah terbaharu selepas Raub sekali gus menjadikan jumlah mangsa bah di negeri ini meningkat kepada 441 orang daripada 127 buah keluarga.

Semalam, seramai 153 mangsa daripada 45 keluarga direkodkan di daerah Raub.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mangsa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah tersebut setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, terdapat enam PPS di Raub yang menempatkan 223 mangsa daripada 66 keluarga, manakala di Lipis pula dua PPS dibuka awal pagi tadi yang menempatkan seramai 218 mangsa daripada 61 keluarga.

“Di Raub, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang menempatkan seramai 102 mangsa, Masjid Kampung Pintu Padang (40), Pusat Kegiatan Kemas Gali (35), Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali (25), Sekolah Menengah Agama Al-Fallah, Batu Talam (14) dan Balai Raya Kampung Sungai Pasu (7).

“Manakala di Lipis PPS Sekolah Kebangsaan Kechau Tui menempatkan seramai 133 mangsa manakala 85 mangsa berlindung di PPS Dewan Semai Bakti Felda Kechau 1,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN