fbpx
Anggota Perhilitan membuat pemantauan di kawasan yang dikatakan harimau kumbang muncul di Bukit Tampoi, Alor Gajah.

[VIDEO] Jemaah surau makin kurang, takutkan harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR GAJAH – Lebih 1,000 penduduk di dua taman perumahan di Bukit Tampoi di sini hidup dalam ketakutan se­hingga tidak berani keluar malam susulan kejadian enam ekor kam­bing ternakan di kawasan itu dipercayai dibaham harimau kumbang, Sabtu lalu.

Pengerusi Taman Mutiara­ Alor Gajah, Ismail Kassim berkata, rutin harian penduduk juga berubah apabila surau tidak lagi dipenuhi jemaah se­perti kebiasaannya.

Katanya, rata-rata penduduk berkurung di dalam rumah ke­rana tidak takut.

“Penduduk takut nak ke surau pada waktu malam selepas tular kejadian kambing ternakan salah seorang kariah dibaham haiwan liar,” katanya.

Ujarnya, situasi suram itu dijangka berterusan sehingga pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka dapat memberikan jaminan mengenai tahap keselamatan di situ.

Seorang penduduk, Mohd. Shukor Md. Jali, 38, mem­­be­ri­tahu, dia terserempak de­ngan kelibat seekor haiwan liar seakan-akan harimau kumbang ketika memandu pulang dari memancing kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.

“Saya memandu ketika itu memang tidak sempat nak rakam gambar, tetapi nampak seekor haiwan dengan tinggi ­kira-kira pinggang lelaki dewasa­ melintas dari kawasan hutan menuju ke kandang kambing penduduk kampung.

Semalam Kosmo! melapor­kan, penduduk di Kampung Bukit Tampoi di sini gempar apabila enam ekor kambing ternakan di kawasan itu di­temui mati dibaham haiwan liar dipercayai harimau kumbang, Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN