fbpx

Maksud mendalam surat bapa Altantuya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat asal dalam bahasa Mongolia yang ditulis Shaariibuu yang diterjamahkan dalam bahasa Inggeris.

PUTRAJAYA – Sekeping surat ditulis bapa Altantuya, Dr. Shaariibuu Setev berhubung semakan hukuman yang dikemukakan bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang didapati bersalah membunuh warga Mongolia itu 18 tahun lalu.

Meskipun isi kandungan surat itu tidak panjang, namun ia mempunyai maksud yang begitu mendalam apabila Shaariibuu, 76, menulis supaya Azilah tidak dikenakan hukuman gantung sampai mati.

“Saya menulis untuk secara rasmi memohon pengampunan bagi hukuman Azilah Hadri, yang ditukar kepada penjara seumur hidup. Dia dijatuhkan hukuman mati pada 2006 atas pembunuhan Altantuya Shaariibuu, seorang warganegara Mongolia.

“Saya telah menyentuh perkara ini dalam surat saya kepada perdana menteri anda. Penting untuk diakui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan kesucian kehidupan, dengan menekankan semua makhluk di planet ini mempunyai hak untuk hidup.

“Permohonan saya lahir daripada rasa hormat mendalam terhadap kemanusiaan rakyat Mongolia,” katanya dalam surat yang dibacakan peguam Azilah, Kuldeep Kumar kepada Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Bapa Altantuya, Dr Shaariibuu Setev (kanan).

Terdahulu, Azilah terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan semalam menggantikannya dengan penjara selama 40 tahun dan 12 sebatan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas membenarkan permohonan semakan hukuman mati yang dikemukakan Azilah, 48.

“Permohonan semakan dibenarkan, hukuman gantung diketepikan dan ditukarkan kepada penjara 40 tahun bermula tarikh tangkap pada 1 November 2006 dan 12 sebatan,” kata Hakim Tengku Maimun.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan.

Azilah membuat permohonan semakan hukuman mati berikutan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lalu.

Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.

Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun berdepan sebatan minimum sebanyak 12 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI