fbpx
Anggota penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terperangkap di kawasan banjir di Kampung Bukit, Derang, Pokok Sena kelmarin. – SHAHIR NOORDIN

Tiada kaitan gelombang ke­dua banjir di Kedah – MetMalaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jabatan Meteorologi Malaysia Kedah menolak anggapan sesetengah pihak bahawa negeri itu mengalami gelombang kedua banjir ekoran peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pe­nempatan sementara (PPS) di tiga daerah.

Pengarahnya, Muhammad Khalil Abd. Aziz berkata, ­kejadian banjir yang melanda beberapa daerah minggu lepas ekoran ­kesan peralihan monsun bermula 24 September lalu yang ­mencetuskan ribut petir dan banjir kilat terutama di kawasan pedalaman.

Katanya, lebih banyak insiden banjir kilat dan angin kencang diramalkan berlaku dalam tempoh peralihan itu sehingga awal November depan.

“Peralihan monsun ini yang diramalkan berlaku di pantai barat termasuk Kedah akan membawa taburan hujan tinggi pada sebelah lewat petang dan malam. Ia berpotensi membawa banjir kilat dan ribut petir.

“Itu termasuk kejadian yang berlaku di Padang Terap dan Pokok Sena minggu lepas berkemungkinan berlaku taburan hujan yang tinggi di kawasan itu. Ini bukan gelombang kedua banjir iaitu kesinambungan daripada bencana yang berlaku pada pertengahan bulan lepas.

“Tiada kaitan, gelombang ke­dua tidak berlaku di Kedah se­perti di Pantai Timur apabila kita menjangkakan ada beberapa luluran gelombang sehingga enam tujuh kali,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau menambah, pihaknya bagaimanapun menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan situasi semasa cuaca bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sepanjang peralihan monsun ini.

Dalam pada itu, jumlah ­mangsa mencatatkan pe­ningkatan melibatkan 1,380 orang daripada 442 keluarga dan dipindahkan ke 10 PPS di tiga daerah iaitu Pokok Sena, Kota Setar dan Kubang Pasu sehingga pukul 5 petang semalam.

Jumlah mangsa tertinggi dicacatkan di Pokok Sena iaitu seramai 733 orang, diikuti Kota Setar 411 orang dan Kubang Pasu 236 orang.

Dalam pada itu, enam sungai kini berada pada paras bahaya iaitu Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu.

Sungai Anak Bukit di dua lokasi iaitu di Taman Aman dan Jambatan TAR serta Sungai Kedah di Kota Setar turut mencatatkan paras bahaya, selain Sungai Titi Kerbau di Pendang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN