fbpx
MUHAMMAD AMIR HAKIMI dan kakaknya, Suraiya Izzaty menunjukkan gambar bapa mereka yang hilang di Kuala Pegang, Baling semalam.

‘Kami percaya ayah diculik orang tak dikenali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALING – ‘Hati kecil kami masih mengatakan ayah masih ada meskipun sudah 15 hari tiada khabar berita’

Demikian kata Muhammad Amir Hakimi Sabari, 25, ketika ditemui di rumah bapanya Sabari Baharom, 62, yang hilang sejak 4 September lalu.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu percaya bapa mereka yang merupakan pesara Felcra berjawatan Pegawai Kanan Kewangan dilarikan seseorang tidak dikenali.

Katanya, ia memandangkan berlaku beberapa pemindahan wang dari akaun bapa ke akaun bank seseorang dengan jumlah agak banyak dalam tempoh dua hari selepas
kehilangannya.

“Kami yakin ayah masih ada. Selepas meneliti beberapa akaun milik bapa menerusi aplikasi online terdapat pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Bank Islam seterusnya ke akaun Maybank milik seorang wanita.

“Selepas penelitian pihak polis melalui sistem televisyen litar tertutup, didapati pada 4 dan 5 September lalu kelihatan seorang wanita tempatan melakukan transaksi wang dalam akaun ayah.

“Kami tidak tahu apa niat mereka mengambil wang ayah, walau apapun jika ayah masih dalam genggaman mereka, harap pulangkan semula dengan selamat,” katanya di Kampung
Mengkuang Tengah, Kuala Pegang di sini semalam.

Kakak sulungnya, Suraiya Izzaty pula berkata, mereka tidak pernah duduk diam malah sentiasa mencari khabar berita me­lalui beberapa petunjuk seperti transaksi akaun simpanan dan berjumpa keluarga serta rakan bapa.

“Sebelum ini kami buntu dan memikirkan ke mana ayah menghilangkan diri, tetapi selepas penemuan sebuah kereta Proton Waja berwarna emas milik ayah yang dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, Jumaat lalu, kehila­ngan ayah dikategorikan sebagai kes jenayah.

“Syukur alhamdulillah, ayah tiada dalam kereta yang terbakar itu, namun kami masih risau keadaannya sekiranya dia dilarikan penjenayah.

“Kami telah membantu pihak polis mendapatkan maklumat mengenai ayah yang mana ia sedikit sebanyak boleh membantu dan memberi petunjuk untuk siasatan yang dilakukan oleh mereka,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN