fbpx

La Liga: Barcelona mahu lunas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARCELONA bersedia untuk menebus dua kekalahan musim lalu kepada Girona apabila mereka bertemu buat kali pertama musim ini. - FB BARCELONA

BARCELONA – Barcelona berpeluang untuk mencatat kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan La Liga menjelang aksi menentang Girona yang akan berlangsung di Stadium Montilivi malam ini.

Skuad kendalian Hansi Flick itu dijangka turun dengan motivasi cukup tinggi, terutamanya menggalas misi untuk menebus kekecewaan musim lalu apabila mereka tewas dalam kedua-dua perlawanan liga kepada Girona.

Hasrat Barcelona untuk membalas dendam dengan kekalahan musim lalu mungkin tertunai memandangkan mereka tampil lebih ‘bernafsu’ musim ini selepas berada di bawah kendalian bekas pengendali Bayern Munich itu.

Pemain tengah The Catalans, Pedri percaya kekuatan fizikal yang dimiliki pemain-pemain Barcelona mampu menjadi tonik untuk mereka merampas semula takhta La Liga selepas kali terakhir menjadi juara pada kempen 2022/23.

“Tidak semua orang tahu bahawa kami bekerja lebih keras berbanding sebelum ini. Saya fikir semua pemain memiliki tahap kecergasan yang cukup tinggi dan mampu bermain untuk tempoh cukup panjang.

“Saya fikir semua orang perasan prestasi kami tidak menjunam apabila perlawanan memasuki minit ke-70 atau 80. Ia berpunca daripada tahap kecergasan yang ada dalam diri setiap pemain,” katanya.

Barcelona dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk membenam cabaran Girona awal pagi esok memandangkan mereka pada prestasi terbaik ketika ini selepas membelasah Real Valladolid 7-0 hujung bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI