fbpx
SEMAKIN ramai remaja hilang pada masa ini. - GAMBAR HIASAN

Anak ‘syok’ lari ikut kekasih, ibu bapa derita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Sejak kebelakangan ini, kes orang hilang semakin menjadi-jadi melibatkan golongan muda dan lebih tepat mereka terdiri daripada kalangan pelajar.

Situasi ini meresahkan ramai pihak terutama keluarga apabila memikirkan soal keselamatan orang hilang tersebut.

Namun, lebih menghancurkan hati keluarga apabila anak yang dirisaukan itu, rupanya sedang tertawa bersama kekasih tanpa meninggalkan sebarang khabar kepada ibu bapa mereka.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, punca tertinggi kes orang hilang yang dilaporkan di negara ini ialah lari dari rumah dan ikut kekasih.

Katanya, bagi kes lari rumah, banyak yang disebabkan ikut kawan tanpa pengetahuan keluarga.

“Bila sampai tempoh 24 jam dan ada yang masuk ke dua hari, mak ayah buat laporan hilang. Kemudian polis siasat, rupanya anak mereka ikut kawan.

“Punca kedua tertinggi orang hilang ialah ikut kekasih. Kes ini sama juga, tak beritahu penjaga dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, semakan Kosmo! mendapati, ramai dalam kalangan anak muda yang hilang ini mereka mahukan kebebasan.

Mereka merasakan tinggal dengan keluarga, ikut peraturan ibu bapa adalah satu bebanan sehingga membuatkan jiwa anak-anak ini meronta untuk berada di luar dengan kawan atau kekasih.

Mengimbau semula satu kisah yang pernah dikongsikan kepada penulis, apabila remaja berusia 16 tahun ini sanggup mendiamkan diri hampir seminggu meninggalkan keluarga di Pulau Pinang dan mengikut kekasih pergi bercuti di Kuala Lumpur.

Alasan yang diberikan remaja itu, dia tidak tahan mendengar bebelan ibu bapanya hampir setiap hari gara-gara sikapnya sendiri yang malas belajar.

Sementara itu, kaunselor, Nurul Hidayah Abu Samah berkata, ramai dalam kalangan anak muda kini sukar membezakan kasih sayang keluarga dan juga kekasih sendiri.

“Mereka pilih kekasih, kawan berbanding ibu bapa sebab percaya dengan janji-janji manis. Biasalah, ibu bapa akan penuh dengan nasihat serta teguran untuk anak menjadi yang terbaik. Sedangkan kekasih, kawan kebanyakan lebih menyokong pilihan individu tersebut.

“Situasi seperti itu jelas mendorong mereka untuk lari ikut kekasih, tinggal dengan kawan berbanding duduk sebumbung dengan keluarga,” katanya.
Menurut Nurul Hidayah, bagi mengatasi situasi negatif ini, setiap keluarga perlu memastikan keadaan dalam dan luar rumah mesti kondusif.

Jelasnya, ibu bapa, keluarga dan penjaga harus bijak membina persefahaman dan komunikasi yang baik kerana apabila berlaku perselisihan faham menyebabkan ada ahli keluarga sanggup mencari jalan keluar sendiri meskipun tindakan itu tidak menguntungkan apa-apa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN