PETALING JAYA – Pempengaruh terkenal, Wee Chuan Chin atau lebih mesra dikenali sebagai Abe Wee berpendapat isu sijil halal yang didakwa memalukan negara tidak sepatutnya ditimbulkan.
Ini kerana bagi Abe Wee, sijil halal itu memberikan jaminan dan keyakinan kepada orang Islam untuk menjamu selera di premis tersebut.
Menurutnya, setiap kali membuat ‘review’ (ulasan) makanan, dia akan memastikan kedai tersebut mempunyai sijil halal seperti dalam ‘tagline’ yang selalu diucapkan olehnya ‘yang penting halal’.
“Abe Wee (berbangsa) Cina tapi Abe Wee hormat ‘followers’ (pengikut) Melayu. Untuk Abe Wee, tak salah pun (isu sijil halal) dan mana bahagian yang ‘memalukan’ negara itu?
“Walaupun negara kita berlainan agama dan bangsa, bukan semua isu dalam negara ini kita perlu masuk campur. Jangan disebabkan politik, kita masuk campur hal ehwal agama orang lain,” tegasnya.
Sementara itu, rata-rata turut bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh pempengaruh menerusi klip video yang dimuta naik di media sosial miliknya.
“Sijil halal bukan cakap pasal haiwan yang sembelih sahaja. Halal terkait dari segi kebersihan, pengurusan dan pengendalian makanan yang baik dan banyak lagi. Saya sendiri ada sertai kursus halal,” komen Long Men.
“Aku pun selalu semak sijil halal kalau makan, walaupun bukan Islam sebab bersih kalau (orang) Islam masak,” komen Timothy.
“Halal bukan untuk status suci bagi Muslim sahaja tapi bila diikhtiraf Halal, maksudnya halalan toyiban (suci dan bersih) dari segi proses pembikinan makanan itu sendiri,” komen Bella. – KOSMO! ONLINE
@weechuanchin Walaupun negara kita berlainan agama dan bangsa, tak semestinya kita boleh masuk campur urusan hal ehwal agama lain. Siapa sini setuju dengan abe wee? #fyp #foryou #halal ♬ original sound – Abe Wee