fbpx

Pestabola Merdeka: Lebanon anggap pengadil punca tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Harimau Malaya, Akhyar Rashid berusaha untuk mengasak pertahanan Lebanon pada aksi malam tadi. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO

PETALING JAYA – Lebanon tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan pada aksi final Pestabola Merdeka 2024 yang wajar dipersoalkan selepas tewas 0-1 kepada Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalam malam tadi.

Pandangan tersebut disuarakan oleh pemain Lebanon, Mohamad Haidar yang menganggap pengadil, Thoriq Munir Alkatiri seperti memberi kemenangan buat pasukan Harimau Malaya.

Menurut Haidar, keputusan yang paling teruk adalah sewaktu pemain pertahanan, Khalil Khamis dilayangkan kad merah pada minit ke-78 sekali gus menjejaskan misi pasukan untuk melakukan kebangkitan.

Haidar berkata, pengadil sepatutnya memberhentikan perlawanan ketika itu yang mana salah seorang pemain Harimau Malaya mengalami kecederaan.

“Pada separuh masa kedua, pengadil seperti memberi hadiah kepada Malaysia. Beliau (pengadil) membunuh perlawanan kerana kami sudah beraksi secara fairplay (semangat kesukanan) sejak permulaan permainan.

“Beliau perlu mengawal perlawanan dengan lebih baik kerana kami sudah menghentikan permainan apabila pemain lawan mengalami kecederaan, tetapi kenapa dia tidak berbuat demikian.

“Secara keseluruhan, kami anggap ini perlawanan ujian yang baik buat kami. Kita perlu bangkit semula pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Insiden pada minit ke-78 itu mencetuskan suasana tegang apabila Akhyar Rashid seakan memberi isyarat untuk menghentikan saingan selepas Darren Lok mengalami kecederaan.

Namun, ketika pemain Lebanon sudah tidak melakukan asakan, Akhyar ‘mengubah fikiran’ dengan melakukan hantaran kepada Arif Aiman Hanapi sebelum dikasari Khalil.

Situasi tersebut menyebabkan pengadil melayangkan kad kuning kedua kepada Khalil sekali gus menyaksikan pasukan Lebanon beraksi dengan 10 pemain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI