fbpx

Kereta, lori lindungi motosikal ketika Taufan Super Yagi hentam Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA buah kenderaan 'mengiring' motosikal ketika Taufan Yagi di Vietnam Utara. - Foto Hanoi90 on 9gag

HANOI –  Ketika Taufan Yagi membadai utara Vietnam dengan tiupan  angin melebihi 160 kilometer sejam, sebilangan kenderaan bergerak perlahan beriringan dengan motosikal, lapor portal berita MSNews hari ini.

Ia bertujuan untuk mengelak penunggang motosikal ditiup angin kencang akibat taufan itu.

Dalam siaran yang dikongsi di platform  X, seorang pengguna merakamkan detik mengharukan apabila pengguna jalan raya bersatu untuk mengurangkan bahaya.

Beberapa buah kereta dilihat bergerak perlahan dan beriringan dengan motosikal yang bergelut melawan angin kencang.

Ia menjadikan kereta bertindak sebagai perisai, menghalang tiupan kencang dan membantu motosikal kekal bergerak.

Lori dan trak turut menyertai usaha itu dan membentuk ‘pelindung’ di sekeliling motosikal demi keselamatan penunggang.

Ramai netizen menyatakan kekaguman atas belas kasihan yang ditunjukkan oleh pemandu kenderaan tersebut.

Ramai yang terharu dengan tindakan pemandu yang tidak dikenali sanggup meluangkan masa untuk melindungi penunggang motosikal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI