fbpx

Ibu, kekasih dera anak didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu mangsa yang sebelum ini dibawa untuk proses reman.

KUALA SELANGOR – Seorang ibu dan lelaki dipercayai kekasihnya yang disyaki mendera anak tunggal perempuannya berusia lima tahun akan dihadapkan ke mahkamah esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, suspek tempatan berusia 32 dan 26 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, kira-kira pukul 9 pagi.

“Kertas siasatan kes penderaan kanak-kanak itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) di Shah Alam hari ini.

“Kedua-suspek akan didakwa di mahkamah pada pagi Selasa (esok),” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak perempuan diseksa dipercayai sejak empat tahun lalu dengan cara dicubit, ditumbuk dan disiram dengan air panas oleh ibu kandungnya dan kekasih wanita itu.

Perbuatan tidak berperikemanusian pasangan itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kepada nenek­nya yang kemudian memaklumkan kepada bapa kandung berusia 28 tahun.

Perkara itu membawa kepada penahanan ibu kandung mangsa pada 4 September lalu di rumahnya di sekitar Kuala Selangor manakala teman lelakinya diberkas keesokan harinya di sebuah rumah di Sik, Kedah, kira-kira pukul 4.30 petang.

Pasangan kekasih tersebut yang positif methamphetamine dan direman lima hari melakukan perbuatan dera itu kerana dipercayai sering kali hilang pertimbangan akibat pengambilan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI