fbpx
SEBAHAGIAN penduduk dari lima kampung memegang sepanduk menggesa pihak bertanggungjawab menggantikan jambatan uzur di laluan Ayer Hitam menuju ke Kuala Tunjang semalam.

‘Sudah terlalu lama, kereta lalu pun bergoyang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERLUN – Lebih 300 penduduk bimbang keselamatan mereka setiap kali melalui jambatan kecil yang merentasi saliran air antara Kampung Hutan Tualang dan Kampung Tandop Kedabu di Ayer Hitam, di sini kerana kea­daannya kian uzur.

Rata-rata penduduk men­dakwa mereka telah menyuarakan kebimbangan itu kepada pihak berkaitan termasuk Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), pegawai kerajaan, wakil rakyat serta Menteri Besar yang bertukar ganti.

Jambatan tersebut sering digunakan penduduk di lima kampung iaitu Kampung Hutan Tualang, Kampung Tandop Kedabu, Kampung Padang Toi, Kampung Gandai dan Kampung Tempayan Pecah.

Menurut penduduk Kampung Tempayan Pecah, Zulkefli Md. Isa, 60, jambatan tersebut yang dijangkakan sudah berusia lebih 60 tahun tidak pernah diselenggara sehingga menyebabkan laluannya berlubang dan penghubungnya juga renggang.

“Selain itu penghadang ke­selamatan di kiri dan kanan jambatan juga sudah berkarat dan tercabut. Ada juga anak-anak muda yang turun ke parit be­rkenaan untuk mengambil gambar dari bawah dan mereka mengesan terhadap bahagian yang retak.

“Ini merupakan jambatan utama yang dilalui sekurang-kurangnya penduduk di lima buah kampung berhampiran. Suatu ketika dulu, laluan ini turut digunakan oleh lori yang membawa hasil sawah tetapi sekarang, kereta lalu pun bergoyang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sementara itu penduduk Kampung Hutan Tualang, ­Shuib Ayob, 56, berkata, laluan itu semema­ngnya sibuk terutama pada waktu pagi ketika penduduk kampung keluar bekerja dan anak-anak mahu ke sekolah.

Katanya, setiap kali mereka melalui jalan tersebut, hati tidak pernah tenang kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini sedangkan aduan mengenainya sudah dibuat sejak ber­tahun-tahun dulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN