fbpx
ATAS: Laibow-Koser (kiri) dan Casles. Bawah dari kiri: Sidis, Young Hoon dan Toa.

Lima individu dengan IQ tertinggi dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IQ atau intelligence quotient adalah ukuran yang digunakan untuk menilai kebolehan dan potensi kognitif individu berbanding dengan populasi umum.

Konsep IQ mula dibangunkan pada awal abad ke-20 bertujuan untuk mengenal pasti kanak-kanak yang memerlukan bantuan pendidikan khas.

Setakat ini, terdapat insan-insan yang telah direkodkan sebagai orang paling bijak di dunia berdasarkan skor IQ mereka.

Dipetik daripada Reader’s Digest, berikut adalah lima individu yang mempunyai IQ tertinggi di dunia.

Kim Young Hoon (IQ 276)

Pada April lalu, Giga Society mendakwa bahawa lelaki Korea Selatan bernama Kim Young Hoon mempunyai IQ tertinggi di dunia dengan skor 276.
Young Hoon berkhidmat sebagai penasihat pakar perisikan di Majlis Sukan Minda Dunia, Kejohanan Memori Dunia, Kejohanan Membaca Laju Dunia dan Kejohanan Pemetaan Minda Dunia.
Kim dikatakan menerima markah sempurna dalam pelbagai ujian kecerdasan.

Marnen Laibow-Koser (IQ 268)

Marnen Laibow-Koser menerima unjuran skor IQ sebanyak 268 ketika diuji semasa kanak-kanak.
Dia mula belajar, bermain dan mengarang muzik sekitar umur 3 tahun.
Pada masa ini, Laibow-Koser adalah seorang komposer, pemuzik persembahan, pembangun web, transcriber dan pengukir muzik.

Ainan Cawley (IQ 263)

Ainan Casley merupakan anak kepada wanita warga Singapura dan bapanya dari Ireland.
Dia dilaporkan mempunyai skor IQ 263 dan dianggap sebagai anak ajaib ‘omnibus’ kerana bakatnya dalam pelbagai bidang.
Cawley mula belajar kimia di Politeknik Singapura ketika berumur di bawah 10 tahun.

William Sidis
(IQ 250–300)

William Sidis adalah anak ajaib Amerika Syarikat dengan kebolehan matematik dan linguistik yang luar biasa.
Beliau dilahirkan pada 1 April 1898 dan meninggal dunia pada 17 Julai 1944.
William Sidis mendaftar di Universiti Harvard pada usia 11 tahun dan berjaya menamatkan pengajian pada usia 16 tahun.

Terence Tao (IQ 225–230)

Terence Tao belajar kalkulus ketika berumur 7 tahun. Pada tahun sama, dia juga memulakan sekolah menengah. Pada usia 20 tahun, Tao dikenali sebagai ‘Mozart of Math’ memperoleh ijazah kedoktoran (PhD) daripada Princeton University pada tahun 1996.
Dia dinaikkan pangkat sebagai profesor empat tahun kemudian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN