fbpx
Kejadian-kejadian ini merupakan antara insiden yang boleh dikaitkan dengan perasaan cinta.

Mengapa sanggup khianat cinta sendiri?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CINTA diertikan sebagai perasaan kasih dan sayang terhadap sesuatu atau orang lain.

Secara istilah cinta dapat memberi maksud sebagai suatu perasaan yang dialami manusia dan perasaan tersebut menimbulkan kasih sayang bagi yang merasakannya.

Ada cinta membawa bahagia, adakalanya kerana cinta hidup seseorang itu sengsara.

Kerap sangat berita keganasan melibatkan hubungan suami isteri atau kekasih yang jadi kebelakangan ini.

Pada Disember 2023 hingga Januari lalu, seorang wanita bernama Mila Sharmila Shamsusah atau Bella, dilaporkan hilang di Batu Pahat, Johor sebelum rangkanya ditemui 38 hari kemudian. Tertuduh adalah kekasihnya.

Februari 2024, seorang wanita warga Thailand ditolak jatuh dari balkoni tingkat 23 di Setia Alam, terdapat video rakaman tular. Tertuduh adalah kekasihnya.

Jun 2024, seorang wanita Nisya Syahkila ditemui dengan beberapa kesan tikaman di Hotel Batu Gajah, Perak. Tertuduh adalah suami mangsa.

Bulan yang sama juga, seorang wanita yang baru melahirkan anak dibelasah suaminya di Port Dickson kerana menyerbu suaminya curang di hotel.

Julai lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemui mati di Hulu Selangor. Tertuduh adalah kenalan mangsa.

Terkini, 28 Julai lalu, seorang wanita menempuh pengalaman menakutkan apabila nyaris maut di tangan suami sendiri selepas dicekik dan ditolak ke dalam gaung di Kilometer 31.2, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli, Gerik, Perak.

Kejadian-kejadian ini merupakan antara insiden yang boleh dikaitkan dengan perasaan cinta.

Menurut Peguam Cara dan Peguam Bela, Nur Zabetha Muhd. Nur, antara solusi yang boleh dilakukan seseorang wanita yang berdepan dengan situasi ‘ketegangan’, jangan teragak-agak untuk bertindak untuk keluar dari masalah itu.

Katanya, mereka (mangsa) perlu mencari sistem sokongan, bertanya kepada yang tahu dan ambil langkah segera.

“Ada ketika, mangsa rasa sistem keadilan tidak membantu. Ada ketika mangsa takut. Jumpa NGO yang boleh membantu, jumpa badan-badan kerajaan, cari saluran yang betul.

“Pasti ada manusia baik yang membantu. Kadangkala, bila sikap acuh tak acuh, sebab itu selalu tak menjadi,” katanya.

Ujarnya, dalam sesuatu hubungan sudah ada ‘red flag’ jika sikit-sikit pukul, tiba-tiba cekik, pijak, terajang kemudian diugut hendak mencederakan, bakar atau bunuh.

Tanda begini bahaya kerana ibarat hanya tunggu masa ‘pemangsa’ hilang pertimbangan.

“Kita tahu, itu bukan lagi normal. Tak perlu tipu diri sendiri dan tak perlu harap pada pengakhiran kisah cinta dongeng. Dia bukan sayang dan itu bukan cinta.

“Kita jangan jadi buta dan salah tafsir. Kita perlu ajar anak-anak kita, benar rumah tangga itu perlukan pengorbanan, sabar dan toleransi tetapi jangan sampai memakan diri sendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN