fbpx
KASUT Debbie Wingham dihasilkan untuk keluarga diraja Dubai.

Lima kasut paling mahal di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERBICARA tentang kasut, ia merupakan salah satu keperluan bagi kita semua kerana berfungsi melindungi kaki. Terdapat aneka kasut dihasilkan untuk pelbagai kegunaan.

Jadi, tidak hairanlah ada yang gemar menyimpan pelbagai koleksi kasut.

Malah, kasut juga menjadi lambang kemewahan seseorang kerana banyak koleksi sepatu mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.

Berdasarkan laporan dalam portal berita, Vanguard, Panorama minggu ini menyenaraikan lima kasut termahal di dunia.

1. Kasut The Moon Star oleh Antonio Vietri – AS$19.9 juta (RM92 juta)

Kasut The Moon Star yang dipamerkan pada 2019 semasa Minggu Fesyen MIDE di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu adalah kasut paling mahal di dunia.

Dihasilkan daripada emas padu dan dihiasi dengan 30 karat berlian, ia juga menampilkan sekeping meteorit 1,576 dari Argentina.

Kasut ini direka oleh Antonio Vietri yang terkenal mencipta kasut emas 24k pertama pada 2017.

2. Passion Diamond Shoes oleh Jada Dubai dan Passion Jewellers – AS$17 juta (RM79 juta)

Kasut Diamond Passion dicipta oleh Maria Majari daripada Jada Dubai dan Hemant Karamchandani (Passion Jewellers) bagi melambangkan kemewahan.

Diperbuat daripada emas tulen, dihiasi hampir 240 berlian termasuk dua berlian 15 karat yang mempunyai harga tinggi.

Kasut ini pertama kali dipamerkan di Burj Al Arab, satu-satunya hotel tujuh bintang di dunia.

3. Kasut Debbie Wingham – AS$15 juta (RM70 juta)

Dilancarkan pada 2017, kasut tumit tinggi Debbie Wingham merupakan antara kasut paling mahal di dunia.

Direka oleh pereka British, Debbie Wingham dan Florida Chris Campbell, kasut tumit ini dihasilkan untuk keluarga diraja Dubai sebagai hadiah hari jadi.

Ia menampilkan berlian merah jambu tiga karat dan biru satu karat, empat berlian tiga karat serta berlian platinum.

Kasut itu mempunyai plak emas pepejal, jahitan benang emas 18 karat dan cat emas 24 karat.

4. Kasut dilemparkan ke arah Presiden George W. Bush – AS$10 juta (RM46 juta)

Pada 14 Disember 2008, wartawan Iraq, Muntadhar al-Zaidi membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush semasa sidang akhbar di Baghdad.

Balingan kasut itu sebagai protes terhadap pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iraq.

Muntadhar menjadi wira pada dunia Arab dan memperoleh pengiktirafan sebagai salah seorang individu paling berkuasa di dunia.

Walaupun menjalani hukuman penjara enam bulan kerana melakukan serangan, namun dia tidak menyesal.

Insiden itu membawa kepada permainan baling kasut dalam talian dan peningkatan jualan bagi syarikat Turkiye yang membuat kasut itu.

Sebanyak 300,000 pasang kasut itu ditempah dalam masa seminggu.

5. Kasut Rita Hayworth oleh Stuart Weitzman – AS$3 juta (RM14 juta)

Kasut Rita Hayworth yang direka oleh pembuat terkenal Amerika Syarikat, Stuart Weitzman, merupakan antara sepatu paling mahal di dunia.

Dinamakan sempena pelakon ikonik Hollywood, Rita Hayworth yang terkenal dengan filem, Gilda.

Kasut ini menampilkan anting-anting yang pernah menjadi milik Hayworth.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN