fbpx
GAMBAR HIASAN.

Pusat tahfiz bukan tempat longgok pelajar bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Stigma sebila­ngan anggota masyarakat yang menganggap pusat tahfiz sebagai tempat longgokan pelajar bermasalah, selain menjadi pilihan kedua pendidikan perlu diubah seiring perkembangan semasa.

Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas), Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata, ini kerana konsep pembelajaran tahfiz telah berkembang dan berubah termasuk mempunyai Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Katanya, pada masa ini pendidikan tahfiz turut mempunyai program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia, selain turut bekerjasama dengan kolej komuniti.

Ujarnya, semua ini bagi memastikan pendekatan strategik agar lepasan tahfiz tidak bergantung kepada pengajian agama sahaja, sebaliknya turut mempu­nyai kemahiran lain bagi menjana pendapatan mereka.

“Jadi hala tuju pendidikan tahfiz semakin jelas, mereka masih boleh menjadi individu profesional dalam bidang yang mendapat kelulusan Sijil Kemahiran Mara (SKM) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Justeru, selepas ini kalau hendak hafaz al-Quran tidak perlu lagi ke Indonesia, Pakistan dan India. Ini disebabkan kita telah melalui proses cukup panjang dengan mempunyai guru atau mudir tahfiz yang berkualiti termasuk dalam bidang profesional,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

MUHAMAD HAFIZ

Beliau bagaimanapun tidak menafikan terdapat pelajar yang masuk maahad tahfiz mempunyai bermasalah sehingga tidak mampu belajar seperti biasa dan ibu bapa menganggapnya aliran pendidikan kedua untuk anak-anak mereka.

Katanya, ini sebenarnya kefahaman tidak bagus dan memang ada maahad tahfiz menerima pelajar bermasalah kerana ada modul khas bagi mendidik mereka.

Di Selangor sahaja, ada lima maahad tahfiz sebegitu.

“Sebenarnya bagi pembentukan akhlak itu belum masuk aliran sebenar sekolah tahfiz lagi. Ada masuk pra dan apabila masuk tahfiz, majoritinya bukan pelajar bermasalah.

“Mereka telah lulus ujian tapisan seperti boleh membaca dan mengaji dengan lancar yang akhirnya berada landasan betul dalam pendidikan tahfiz,” kata­nya.

Beliau memberitahu, pihak­nya bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membina Kurikulum Moderasi Tahfiz Selangor bermula dari tingkatan satu dengan mempunyai subjek seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab dan Matematik.

Selain itu ujarnya, terdapat kira-kira 40 buah pusat tahfiz in­tegrasi di Selangor yang menekankan kedua-dua modul termasuk dari Kementerian Pendi­dikan (KPM) dengan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia.

“Yang lain ambil pra iaitu asas wajib dan semua kena belajar dalam tujuh jam setiap seminggu termasuk dalam far­du ain dan tajwid dengan mempu­nyai penyelarasan ditetapkan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN