fbpx

Polis siasat kes lelaki OKU dipukul pegawai peribadi VIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika sidang akhbar di Bukit Aman hari ini. Foto SYAKIR RADIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu yang mendakwa dipukul pegawai peribadi orang kenamaan (VIP) di lobi sebuah hotel di ibu negara semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain, kejadian itu masih di peringkat awal siasatan dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Kita masih menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Kita masih belum mengetahui sebab apa (motif) mangsa OKU itu dipukul dan mangsa sendiri tidak tahu kenapa dia dipukul,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mengikut laporan yang dibuat mangsa yang berusia 46 tahun bekerja sebagai pemandu e-hailing Grab mengambil empat penumpang di hotel berkenaan pada pukul 11.40 pagi semalam.

Semasa pengadu sampai dan menunggu penumpang, rombongan VIP tersebut bergerak keluar dari lobi hotel.

Salah seorang pegawai VIP itu telah mengetuk cermin kereta hadapan untuk meminta pengadu bergerak sebelum menumbuk kepala mangsa supaya mengalihkan kereta.

Difahamkan, pengadu mendapatkan rawatan awal di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan mengalami ‘soft tissue injury’.

Pegawai penyiasat ke tempat kejadian untuk melihat rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) hotel dan merampas telefon bimbit dan kamera papan pemuka (dashcam) kereta pengadu bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI