fbpx

17 termasuk pasangan kekasih diberkas curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN kabel TM dan lori yang dirampas dalam serbuan di Alor Gajah, minggu lalu.

MELAKA – Seramai 17 individu termasuk pasangan kekasih diberkas selepas terbabit dalam sindiket mencuri kabel di sekitar negeri ini.

Kesemua mereka yang berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Alor Gajah, dekat sini pada 23 Mei lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, selain tangkapan, polis merampas 204 kabel Telekom Malaysia (TM), sembilan pemotong kabel, lori dan kenderaan pacuan empat roda bernilai RM400,000.

Sindiket tersebut didalangi lima individu dikenali Rishi, 26, Apik, 34, Lee, 34, Kupit, 36 dan Loong, 28.

“Mereka menyamar sebagai pekerja kontrak TM dengan memakai jaket dan bergerak ke lokasi sasaran untuk mencuri kabel. Kita percaya mereka terlibat dalam egiatan ini sejak setahun lalu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua suspek 11 lelaki dan wanita itu saling mengenali antara satu sama lain dan terdiri daripada pasangan kekasih.

“Ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif dadah dan lapan lagi mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Kesemua mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI