fbpx

Tarikh lihat anak bulan Zulhijah ditetapkan 7 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tarikh bagi melihat anak bulan Zulhijah bagi penetapan Hari Raya Aidiladha ialah pada petang Jumaat, 7 Jun ini bersamaan 29 Zulkaedah 1445.

Menerusi kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh 1 Zulhijah dan 10 Zulhijah (Hari Raya Qurban) yang ditetapkan melalui radio dan televisyen.

“Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban adalah berdasarkan rukyah dan hisab,” menurut kenyataan tersebut hari ini.

Selain itu, jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Zulhijah pada petang hari tersebut di 29 lokasi.

Lokasi dikenal pasti untuk melihat anak bulan Zulhijah ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Me­laka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Balai Cerap Sela­ngor, Sabak Bernam serta Pantai Pasir Panjang, Manjong di Perak dan Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang.

Di Kedah ialah di Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar, Alor Setar, manakala di Terengganu pula di Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; dan Balai Cerap KUSZA, Setiu.

Selain itu, di Kelantan pula ialah di Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai; dan Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu; manakala di Sarawak ialah di Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu.

Di Sabah pula ialah di Ba­lai Cerap Al-Biruni, Putatan; manakala di Pahang ialah Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; dan Menara Kuantan 188.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI