fbpx

Polis berkas 2 lelaki bom restoran KFC 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan restoran KFC di Baghdad selepas menjadi sasaran pengeboman pada Sabtu lepas.  - Iraqi Bantz

BAGHDAD – Pasukan keselamatan Iraq menangkap dua lelaki bersenjata yang menyerang sebuah cawangan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) di Baghdad.

Dalam laporannya semalam, laman berita Middle East Monitor melaporkan bahawa serangan itu berlaku pada Sabtu lepas.

Polis Baghdad berkata, dua suspek itu yang menaiki sebuah motosikal, membaling bom buatan sendiri ke arah restoran KFC di Jalan Palestin.

Suspek dikenal pasti berdasarkan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Serangan menyebabkan kerosakan pada premis tersebut tetapi tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Selain menahan kedua-dua suspek, polis turut merampas dua pucuk pistol milik mereka.

Sementara itu, rakaman CCTV berasingan menunjukkan kumpulan penunjuk perasaan yang marah,  menyerbu dan merosakkan restoran makanan segera tersebut, berikutan pembunuhan beramai-ramai di Rafah kelmarin.

KFC merupakan rangkaian restoran makanan segera popular dan berpangkalan di Amerika Syarikat.

Francais itu ialah antara beberapa jenama besar yang berdepan gesaan boikot berikutan dakwaan tanpa bukti bahawa ia menyalurkan sumber  kewangan kepada Israel.

Boikot tersebut memberi kesan ketara kepada pendapatan rangkaian makanan segera popular yang lain seperti McDonald’s dan Starbucks, khususnya di dunia islam.

Iraq merupakan antara negara penyokong kuat perjuangan Palestin. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI