fbpx

Harimau Malaya lupakan khidmat Darren Lok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darren Lok (tengah) menjadi pemain berpengalaman kedua yang terpaksa meninggalkan kem skuad Harimau Malaya ketika ini atas faktor kecederaan. Foto ihsan Sabah FC

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya semakin hilang taring apabila seorang lagi pemain berpengalaman di jentera serangan, Darren Lok terpaksa diketepikan pada kem latihan pusat kebangsaan ketika ini.

Ketiadaan Darren ekoran kecederaan hamstring telah disahkan oleh Kim Pan-gon sebentar tadi dengan pemain Kuching City, Nur Shamie Izsuan Amin dipanggil bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Darren.

“Nur Shamie Iszuan Amin yang sebelum ini berada dalam senarai bersedia dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan, 11 Jun.

“Shamie, 29, menggantikan Darren Lok dari Sabah FC yang hadir melapor diri tetapi terpaksa dilepaskan hari ini selepas pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kecederaan hamstring.

“Semoga Darren cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” kata Pan-gon dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, skuad negara sudah kehilangan tiga tonggak utama di jentera serangan susulan kecederaan iaitu Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dan juga Romel Morales. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI