fbpx

Syafiq Ahmad digugurkan, Pan-gon panggil Zhafri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syafiq Ahmad terpaksa lupakan harapan menyarung jersi kebangsaan selepas ditimpa kecederaan. - Foto ihsan KDA FC

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya terus ‘hilang bisa’ apabila seorang lagi sandaran di jentera serangan, Syafiq Ahmad terpaksa diketepikan pada kem latihan pusat ekoran kecederaan.

Pengesahan itu dibuat oleh pengendali kebangsaan, Kim Pan-gon yang mengambil keputusan untuk memanggil tonggak Kuala Lumpur City, Zhafri Yahya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Syafiq.

“Zhafri sebelum ini berada dalam senarai bersedia dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan bermula hari ini bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan D, kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun ini.

“Zhafri, 30, akan menggantikan tempat Syafiq yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.

“Semoga Syafiq cepat kembali sembuh dan seterusnya dapat dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” kata Pan-gon.

Harimau Malaya sebelum ini telah menerima tamparan hebat apabila dua pemain sandaran di posisi sayap, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim terpaksa disisihkan ekoran kecederaan.

Arif Aiman mengalami kecederaan ketika bersama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Faisal pula berdepan musibah apabila menjadi mangsa simbah asid oleh individu tidak dikenali pada 5 Mei lepas.

Pan-gon mengekalkan seramai 15 daripada 24 pemain dari skuad bagi dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 21 dan 26 Mac lalu.

Antara pemain baharu yang tersenarai ialah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi D (Kedah Darul Aman FC), Adib Ra’op (Penang FC), Feroz Baharudin (JDT), Declan Lambert (KL City), dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu FC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI