fbpx

Akaun Fleksibel: 3 juta permohonan babit RM5.52 bilion dilulus dalam 10 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan sebanyak 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan telah diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel setakat 22 Mei lalu.

Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin berkata, ia melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion selepas permohonan tersebu dibuka kepada ahli pada 12 Mei lalu.

Menurutnya, sebanyak 3.04 juta permohonan pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan yang berjumlah RM5.52 bilion.

“KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos ini.

“Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.

“Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna, di samping kami terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI