Tabiat mengambil makanan berlemak dan bergula boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan pengguna. – GAMBAR HIASAN

Ketagih ‘dessert viral’ punca ramai gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menjadikan makanan manis sebagai pengganti makanan utama dikenal pasti sebagai punca orang ramai cen­derung untuk mengalami masalah kegemukan di usia muda.

Pakar Bedah Bariatrik Hospital Island Pulau Pinang, Dr. Abdul Gafoor Abdul Mubarak berkata, tabiat tersebut akan meningkatkan kandungan lemak dan gula dalam badan, sekali gus menambahkan masalah obesiti.

Katanya, trend mengambil dessert viral semakin berleluasa kerana orang ramai lebih cende­rung mengambil makanan manis di samping meletakkan kebergantungan untuk memakannya ketika dalam keadaan stres.

“Makanan manis akan menambahkan lagi rasa ingin untuk makan melebihi kuantiti biasa. Bila stress, mereka suka makan makanan manis dan kuantiti makanan juga makin bertambah.

“Saya tidak nafikan bila berniaga dessert viral, lebih mudah peniaga-peniaga mempromosikan produk mereka sebab se­nang buat orang ramai terliur.

“Selain itu, kebanyakan pesa­kit obesiti yang datang pada saya kebanyakannya memang pemakan nasi yang tegar. Jenis tak boleh kalau tak ada nasi. Kumpulan ini juga kurang me­lakukan sebarang aktiviti fizikal,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perubatan, Dr. Irma Izzati Abd. Malek berkata, trend makanan ataupun pencuci mulut manis melampau yang dilihat semakin menjadi-jadi ketika ini boleh menyebabkan lebih ramai penghidap diabetes di negara ini.

Lebih membimbangkan ialah orang ramai seolah-olah berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama yang menikmati pelbagai pencuci mulut yang viral.

“Pengambilan makanan manis yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik terutama sekali obesiti yang meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit berangkai yang lain seperti kencing manis, darah tinggi dan tinggi kolesterol.

“Bukan itu sahaja, pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan obesiti dan sakit kronik sekali gus meningkatkan risiko ketidaksuburan dan kan­ser,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN