fbpx

78.9 peratus calon berkeperluan khas layak terima sijil SPM 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 78.9 peratus daripada 1,726 orang Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) layak memperoleh Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) 2023.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, ia menunjukkan peningkatan iaitu 3.1 peratus atau 233 calon berbanding 75.8 peratus pada SPM 2022.

“Pada SPM 2023 melibatkan calon kurang upaya fizikal iaitu 456 calon, pelbagai (63), pendegaran (180), buta (39), rabun (247), pertuturan (26) dan masalah pembelajaran (706),” katanya pada sidang akhbar laporan analisis keputusan peperiksaan SPM 2023 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI