fbpx

Tiada rakyat Malaysia terjejas tanah runtuh di Papua New Guinea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 100 orang dikhuatiri terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Papua New Guinea. -Foto AFP

PUTRAJAYA – Kementerian Luar (KLN), melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby, Papua New Guinea, mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas dalam insiden tanah runtuh di Mulitaka, daerah Porgera-Paiela, Wilayah Enga, Papua New Guinea, semalam.

KLN dalam kenyataan berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden tersebut.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Papua New Guinea dan keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian ini.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya hari ini.

KLN memaklumkan, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Port Moresby.

Menurut laporan Agensi berita AFP semalam, kejadian tanah runtuh berskala besar melanda kawasan tanah tinggi Papua New Guinea, kata beberapa pegawai tempatan dan kumpulan bantuan dengan ramai mangsa dikhuatiri terkorban.

Bencana itu menimpa Kampung Kaokalam yang terletak di wilayah terpencil, Enga sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan).

Gabenor wilayah, Peter Ipatas memberitahu agensi berita AFP bahawa tanah runtuh besar telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda yang besar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI