fbpx

Ratusan akaun keldai dibekukan, nilai cecah RM32 juta – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membekukan sejumlah akaun keldai bernilai RM32 juta dipercayai diguna untuk kegiatan judi dalam talian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan polis turut mengesan pelbagai judi dalam talian antaranya Winbox, 99 dan 88.

Tambahnya, siasatan juga sedang dijalankan untuk kenal pasti siapa dalang di belakang kegiatan terbabit.

“Polis sentiasa komited dalam membanteras judi online yang bertapak di dalam negara.

“Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) PDRM setakat ini berjaya membekukan akaun-akaun mule (keldai) yang digunakan sindiket ini dianggarkan bernilai RM32 juta,” katanya hari ini.

Tambah Razarudin, usaha mengesan mereka yang terlibat sedang dilakukan untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001.

Jelas beliau, pihak polis juga mendapati, akaun keldai bukan sahaja diguna dalam judi online, namun turut digunakan bagi kegiatan tipu pelaburan.

“Kita juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah memberikan atau meminjamkan akaun bank kepada mana-mana individu kerana terdapat kemungkinan mereka dijadikan keldai akaun,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI